Jumaat, 10 Februari 2017

Lake Brienz




Last ahkak travel bulan 4 tahun lepas. Balik dr sana ahkak mengandung dan terus tak travel dah selepas itu. Perasaan ahkak? Pasrah okeh sbb lama dah x travel. Takpe, akak tunggu je masa yg seswai utk kembali travel walau kena tunggu 9 bulan lagi 😂😂😂😂😂

Gambar ni adalah Daneen Adeena masa umur setahun 7 bulan. Amek masa naik Lake Brienz Cruise semasa di Switzerland. Naik cruise ni free kalau beli Swiss Pass. Kami naik ni sampai ke Open Museum Brienz Balenberg. Tempat tu sunyi sepi dan aman damai sbb x ramai org yg ke sana. Entrance fee pun Free dgn Swiss Pass. Best!!

Ada masa ahkak update lagi yea, baby dah nangis nak susu tu 😅

Isnin, 6 Februari 2017

REVERSIBLE DOWNCOAT: DAZ XTRA LITE DOWN JACKET

HI HI

Hari ni aku nak share satu product dari Kedai Kaki Travel. Seswai sangat dipakai sewaktu musim Autumn, Spring dan Winter.

.
Bila travel ke tempat sejuk nie, masalah utama ialah berapa banyak jacket nak bawak kan.
.
Nak bawak banyak helai nanti penuh dan berat pulak bag.. kalau bawak satu helai jer, takkan la hari-hari pakai jacket color sama jaa.. haihh..
.
Nah nie dia XTRA LITE DOWN JACKET daripada DAZ.

Apa Kelebihan XTRA LITE DOWN JACKET daripada DAZ ni?
.
DOUBLE SIDE - Boleh pakai kedua-dua belah, so tak payah la korang nak bawa 2 jacket.. tak ada la nanti hari-hari nampak macam korang pakai jacket sama jer.. dan yang penting dalam gambar nanti nampak la jacket color lain sket.. huhu
.
 SANGAT RINGAN & Selesa dipakai.. tak payah nak risau berat beg bertambah banyak sangat..
.
TAHAN SEJUK - Di dalamnya nya adalah bulu itik (90% Duck Down 10% Feather) yang akan membantu manjana haba.. bukan polyester hokayyy!
.
MUDAH DIBAWA - Boleh dilipat hingga kecil dan dimasukkan dalam pouch... memang jimat ruang bag korangg!
.
Ada 2 pilihan warna untuk Ladies
a) Black & Purple
b) Violet & Pink

.

Ada 2 pilihan warna untuk Men
a) Black & Red
b) Blue& Grey


SIZE AVAILABLE : S | M | L | XL | 2XL | 3XL (Sila rujuk carta saiz)
.
================
🔷BERAPA HARGA NYA?
.
 Harga RM180 Sahaja (Ladies)
 Harga RM185 Sahaja (Men)
.
🚚 🚚 PERCUMA PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA!
.
ITEM READY STOCK!
.
🔷Tekan butang "SEND MESSAGE" atau Whatsapp ke 012-9767045 untuk order


Sedikit Pesanan Penaja:

Jika korang pergi luar negara, especially yang pergi masa winter yang sejuk beku itu, korang kena aware pasal LAYERING SYSTEM bagi winter wear. Walau setebal mana pun coat yang  korang pakai, kalau pegi masa suhu bawah sejuk beku, korang WAJIB apply winter layering system dalam pemakaian korang. Long John / sweater dah memang wajib yea pakai di dalam sebelum korang pakai winter coat memana pun. Ini untuk memastikan supaya pakaian yang korang pakai itu betul-betul dapat memanaskan badan korang dan korang selesa walau suhu sejuk sangat. Itu yang penting, korang dapat travel dan selesa walau di mana korang pergi.

Ok sekian dulu sesi sharing kali ini :-)

Jumaat, 23 Disember 2016

KEDAI KAKI TRAVEL

hi hi hi

Lama sungguh tidak bersiaran di sini.

Tetiba terpanggil nak hapdet pasal business sampingan kami suami isteri sejak setahun yang lepas. Actually bisness ini bermula sejak aku ambil cuti jaga anak 2 bulan pada November-Disember 2015 yang lalu. Kiranya baru setahun jagung la juga Kedai Kaki Travel ni.

Alhamdulillah, walaupun baru setahun jagung, dah banyak membantu kami anak beranak menambahkan income kami sekeluarga. Almaklumla, sara hidup memang tinggi dok kat KL ni. Di samping komitmen anak yang akan bertambah tak lama lagi. Maka terpaksalah pikir cara lain untuk menambah income sedia ada kan.


Apa yang kami jual di Kedai Kaki Travel?




InshaAllah tak lama lagi kami nak tambah product berkaitan winter clothing plak. Jeng jeng jeng, harap2 mendapat sambutan la hendaknya.

Jika nak tahu dengan lebih lanjut pasal Kedai Kaki Travel ni, boleh la ke Facebook Page Kedai Kaki Travel dan IG Kedai Kaki Travel ya! 

Selamat Berhujung Minggu dan bershopping. Dah start cuti ke memasing ponnn ??? :-)

Selasa, 10 Mei 2016

Mencari Accommodation Murah di Amsterdam

Pengalaman kami untuk mendapatkan accommodation murah di Amsterdam agak mencabar. 

Mungkin sebab kami travel ke sana pada Bulan April di mana bunga-bunga tulips di Kuekenhof dah start berkembang (Keukenhof bukak dari 20Mac-20May tahun ni) dan ada Kingdays pula pada 27 April tu, maka memang kebanyakan hotel di sana penuh.

Bila kami approach host di AirBnB untuk private room juga banyak yang decline. Mungkin sebab ada baby kot atau mungkin tempoh masa yang kami minta agak panjang iaitu 4 malam.

Dalam Booking.com / Hostelworld/ Agoda.com, range hotel di Amsterdam dalam 100-150 Euro semalam (Amsterdam city). Memang agak mahal berbanding negara lain di Europe ni. So nak cari yang murah, memang agak mencabar especially kalau buat booking lewat dan peak season. Kebanyakan hostel di sana juga ada no child policy.

So hari ini aku nak share pasal accommodation murah yang boleh dicuba jika korang ke bandar Amsterdam.

Pertamanya, kami approach Azul Embassy Amsterdam. Aku tak sure beliau kerja di Embassy Malaysia or not kat sana, tapi dia ada offer accommodation murah di apartment dia. Rate dalam 20Euro/pax/nite. Memang murah sangat dah tu. Cumanya, masa kami try book dengan dia, nasib tidak menyebelahi kami sebab dah full booked utk tarikh yang kami nak.

Keduanya, ada sorang lagi rakyat Malaysia yang boleh offer private room di apartment dia iaitu, Amie Romeo Omar. Dia juga admin utk Page Malaysian Tourist Coming to Amsterdam. Aku tak sure brapa rate semalam yang dia boleh offer, tapi murah la kot berbanding rate hotel di tengah2 Amsterdam tu. Location rumah juga bebetul di city centre dekat dengan Albert Cuyp Market. Korang kalau datang Amsterdam, kena pegi tau Albert Cuyp ni sebab banyak barang yang affordable (bagi aku yang sengkek ni la) dan ada Benny's Chicken Halal kat sini.) hihiiii

Ketiga Pak Eka Serbaland. Berasal dari Indonesia, Pak Eka dah menetap lama di Netherland. Dia juga ada contact rakyat-rakyat Indonesia lain yang boleh offer accommodation di sekitar Amsterdam dan luar Amsterdam. Melalui Pak Eka, kami dapat confirm booking dengan Bu Sandra. Rumah Bu Sandra di Olympiad, consider dalam Amsterdam city juga la sbb dalam 15 mins bleh sampai city centre. Senang sebab tram station depan umah jek, dan ada direct bus dari airport ke area umah dia. Rate yang dioffer dalam 25Euro/nite/pax, baby half price. So total untuk kami bertiga dalam 62.50Euro semalam. Memang murahla, kalau nak dicompare dengan hotel. Bilik agak kecil, tapi ada provide sekali breakfast. Memang lega laaa dapat makan nasi panas dengan telur goreng, Sedap sedap. Selain tu, Bu Sandra sangat friendly dan banyak share knowledge travelling di Amsterdam sebab dia dah duduk 14 tahun kat sana. Boleh contact Pak Eka di +31645003336 dan Bu Sandra +31654337808 whatsapp je jika korang berminat nak duduk dengan mereka. :-)
Bersama Bu Sandra 

Aku percaya, mungkin banyak lagi tempat yang offer accommodation murah dekat sana. Kami sempat tanya yang 3 ni saja hari tu sebab masa singkat dan peak season pula masa tu. huhuu.

Itu saja yang nak dishare hari ini. :-)

Isnin, 28 Mac 2016

Pengalaman Ber-CouchSurfing di Turki

Hari ini aku nak share pengalaman aku ber-couchsurfing atau CS di Turki.

Sebelum baca entry ini, cuba baca yang INI dulu untuk tau macammana buat request untuk CS dan sebagainya ya. 


Untuk pengalaman di Turki, kami terima beberapa request dari individu yang offer untuk host kami. Dalam banyak-banyak tu, kami tilik bebetul profile mereka sebelum tekan butang ACCEPT. Kami akhirnya memilih 3 individu untuk berjumpa semasa 7 hari di Turki, iaitu Neshe di Istanbul, AhmetSan di Goreme dan Istanbul serta Sinan Celik di Kayseri.


Istanbul ( Neshe )

Bagi yang ingin ke Istanbul, aku memang recommend untuk korang jumpa dengan Neshe ni. Orangnya sangat baik dan banyak perkara yang korang boleh kongsi dan tukar pendapat dengan Neshe. Dia ada juga invite kami untuk tidur di rumah dia, di Uskudar,  namun sebab di Istanbul, masa kami agak singkat dan aktiviti kami pun padat, so kami dah book siap2 untuk duduk di hotel dan hanya jumpa beliau jika ada kelapangan. Kami jumpa Neshe ni 2 kali sepanjang kami di bumi Andalusia. Pertama, just for chit chatting sambil berjalan di pedestrian walkway sebelah jeti di Eminonu. Selepas puas berjalan, kami singgah coffee shop utk minum. Bila dah dapat duduk bersembang dengan Neshe ni, dapatla aku kenal dia dengan lebih rapat. Neshe ni orangnya agak conservative dan a practicing Muslim, alhamdulillah. Beliau di antara rakyat Turki yang begitu bersyukur bila Erdagon menang pilihanraya sebab Erdagon ni menjalani gaya hidup Muslim yang sebenar. Memang masa berborak tu, aku memang tanya pasal political issue kat Istanbul, sebab kat Taksim selalu ada buat demo orang macam membantah/kondem kerajaan Turki etc. Dia kata kat tengah2 Istanbul tu, memang ramai bebudak muda yang hidup cara Western memang x suka pemerintahan Erdagon yang agak Islamik. Pasal tu depa selalu memberontak, sbb macam2 sekatan di-introduce sejak Erdagon naik jadi presiden, sebagai contoh pub/disco dibukak hanya sampai kol 12 mlm etc. Macam tu la.



Pengalaman berborak yang macam ni yang aku suka sangat dengan CouchSurfing ni. Bukan hanya ko travel, buat sighseeing, syukur dengan keindahan alam etc, tapi ko boleh juga tau serba sedikit pasal orang tempatan secara lebih dekat, macammana cara hidup dia apa matlamat hidup dia etc. So sesapa yang tak penah cuba Couchsurfing tu, cuba la dulu sebelum nak condemn bagai khennn. Ia bukan hanya untuk free accommodation kekdahnya. Obviously, preference travellers ni masing-masing berbeza kan. So aku paling tak suka ada traveller yang dok condemn cara travelling orang lain. Itu jek pon ;-)

Lepas balik dari Kappadokiyya, aku jumpa lagi Neshe ni, sebab dia nak bawak kami pegi kelas Turkish Ebru dia. Yang ni memang terbaik la. sebab aku cam main masuk jea kelas depa dan cikgu and classmate dia semua excited layan kami dengan baik skali. Basically, Ebru ni macam seni lukis ancient orang Turki la kira. Aku memang part2 art ni ada terlebih feel sket. hehehe Kalo korang nak tau camna Turkish Ebru ni, cer bukak link Turkish Ebru ni. Memang pengalaman yang unik la bila aku join class art yang macam ni. Terima kasih banyakla Neshe sebab hangkut kami suami isteri utk hands on pasal marble-painting art ni!





Sekian dulu entry sendu hari ini. Aku akan share kemudian pengalaman Couchsurfing aku dengan 2 lagi host kami masa di Kayseri and Goreme. :-)